Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ibu pejabat Total - syarikat gergasi tenaga dari Perancis - dilancarkan di S'pura

Singapura sedang memperkukuh ekosistem untuk menampung permintaan yang meningkat bagi cecair gas asli (LNG).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Dec 2019 08:42PM Dikemas Kini : 10 Dec 2019 12:10AM

SINGAPURA: Singapura sedang memperkukuh ekosistem untuk menampung permintaan yang meningkat bagi cecair gas asli (LNG).

Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata demikian di pelancaran ibu pejabat serantau Total, syarikat gergasi tenaga dari Perancis, di Singapura hari ini (9 Dis).

Pembukaan hab baru itu juga bertujuan memanfaatkan pertumbuhan tersebut di samping meluaskan perniagaannya merentasi inovasi dan tenaga yang boleh diperbaharui.

Bermula tahun depan, kapal-kapal perlu mematuhi peraturan Pertubuhan Maritim Antarabangsa mengenai had bahan sulfur dalam minyak marin.

Salah satu alternatif adalah menggunakan LNG, dan Singapura sedang memperkukuh ekosistem pengisian minyak kapalnya bagi menyokong permintaan yang meningkat itu.

"Dengan kapal isi minyak LNG kami yang pertama dijangka tiba dalam suku ketiga 2020, kami akan dapat memenuhi permintaan kapal-kapal besar yang memerlukan gas LNG sebagai minyak marin," kata Encik Teo.

"Kami juga membina ruang menyimpan dan keupayaan mengurus di terminal LNG kami yang ada sekarang, dan sedang meneroka potensi bagi terminal LNG yang kedua. Ini akan membolehkan Singapura menjangkaui lebih daripada keperluan domestik, untuk memenuhi permintaan LNG di Asia dan bahagian dunia yang lain."

Ibu pejabat serantau Total seluas lebih 125,000 kaki persegi dan akan menempatkan 500 kakitangan.

Sektor Tenaga dan Kimia menyumbang 3.5 peratus kepada GDP Singapura tahun lalu.

Buat masa ini ia menggajikan lebih 25,000 dalam bidang-bidang seperti perniagaan, kajian dan kejuruteraan.

Pihak berkuasa menyatakan ia sedang bekerjasama dengan firma-firma bagi menggunakan teknologi maju pengilangan.

Ini untuk memacu kecekapan tenaga dan mengurangkan pengeluaran sisa karbon. 

Sumber : CNA/NF/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa