Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

IBM gantung pelan ambil masuk pekerja baru; gantikan 7,800 pekerjaan dengan AI

Anggaran Waktu Membaca:

NEW YORK: Syarikat International Business Machines Corp (IBM) dijangka akan menggantung pelan pengambilan pekerja baru kerana sekitar 7,800 pekerjaan akan digantikan dengan Kecerdasan Buatan (AI) dalam masa beberapa tahun akan datang.

Demikian menurut CEO Arvind Krishna kepada Bloomberg News pada Isnin (1 Mei). 

Pengambilan pekerja khususnya bahagian belakang pejabat seperti sumber manusia, akan digantung atau dikurangkan, menurut Encik Krishna. 

Tambahnya, sekitar 40 peratus pekerjaan yang tidak berurusan secara langsung dengan pelanggan mungkin akan digantikan dengan AI dan automasi dalam masa lima tahun akan datang. 

Beliau berkata demikian sedang AI menarik perhatian seluruh dunia menyusuli pelancaran ChatGPT pada November tahun lalu. 

Pengurangan pekerja itu mungkin termasuk langkah tidak menggantikan jawatan kosong dengan pekerja baru atau menggantikan mereka yang sudah meletak jawatan, menurut Bloomberg News.

IBM bagaimanapun enggan menjawab permintaan Reuters untuk memberikan komen.

Sumber : Reuters/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan