Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

I12 Katong dibuka semula bertahap-tahap

Pusat beli-belah I12 Katong akan dibuka semula secara bertahap-tahap mulai Khamis (23 Dis) sehingga acara besar-besaran pada Mac tahun depan, menurut pemiliknya Keppel Land dalam satu kenyataan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pusat beli-belah I12 Katong akan dibuka semula secara bertahap-tahap mulai Khamis (23 Dis) sehingga acara besar-besaran pada Mac tahun depan, menurut pemiliknya Keppel Land dalam satu kenyataan.

Sekitar 30 penyewa termasuk rangkaian panggung wayang Golden Village, restoran ramen Ippudo dan kedai pakaian sukan Lululemon akan dibuka mulai hari ini dalam fasa pertama pembukaan semula pusat beli-belah itu.

I12 Katong ditutup sejak Mac tahun lalu bagi kerja-kerja naik taraf.

Terletak di simpang East Coast Road dengan Joo Chiat Road, kompleks beli-belah yang menjalani kerja-kerja peningkatan itu mempunyai 180 kedai yang terletak di enam tingkat, dengan dua tingkat besmen untuk tempat letak kereta.

Pusat beli-belah itu menawarkan pelbagai konsep baru, termasuk ruang bekerja bersama perubatan yang pertama seumpamanya di Singapura - iaitu menerusi Core Clinic seluas 7,000 kaki persegi, yang akan menghubungkan pesakit dengan pakar-pakar perubatan.

Selain itu, pusat beli-belah itu juga menampilkan kemudahan jagaan harian dan kelab bagi anjing peliharaan, juga yang pertama seumpamanya dalam sebuah pusat beli-belah.

Ruang runcit bagi galeri seni tempatan, Sound of Art turut akan menampilkan beberapa koleksi pameran seni hasil karya bakat dari merata Asia.

Pusat beli-belah itu juga mempunyai ciri-ciri mesra alam seperti pengecas kenderaan elektrik di tempat letak kereta dan mesin untuk mengubah sisa makanan menjadi baja atau sisa cecair.

I12 Katong juga bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi M1 untuk menawarkan rangkaian 5G, menurut Keppel Land.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan