Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hyundai Motor, Tencent meterai perjanjian bangunkan sofwe kereta tanpa pemandu

Syarikat pengeluar kenderaan Korea Selatan, Hyundai Motor Co, dan firma teknologi China, Tencent Holdings, menandatangani satu perjanjian awal untuk membangunkan perisian bagi kenderaan-kenderaan tanpa pemandu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hyundai Motor, Tencent meterai perjanjian bangunkan sofwe kereta tanpa pemandu

(Gambar fail: Kim Hong-Ji/REUTERS)

Diterbitkan : 06 Apr 2019 05:25PM Dikemas Kini : 06 Apr 2019 05:31PM

SEOUL: Syarikat pengeluar kenderaan Korea Selatan, Hyundai Motor Co, dan firma teknologi China, Tencent Holdings, menandatangani satu perjanjian awal untuk membangunkan perisian bagi kenderaan-kenderaan tanpa pemandu.

Demikian menurut laporan akhbar Korea Selatan, Maeil Business Newspaper, hari ini (6 Apr).

Kedua-dua syarikat tersebut merancang untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan secara bersama terhadap sistem-sistem keselamatan bagi kereta-kereta pandu sendiri yang Hyundai rancang untuk perkenalkan menjelang 2030. Demikian menurut laporan berkenaan yang menukil sumber-sumber industri tetapi tidak mendedahkan namanya.

Perjanjian tersebut ditandatangani semasa sebuah forum perniagaan yang berlangsung di Seoul pada Khamis (4 Apr) oleh pemerintah Korea Selatan dengan wilayah Guangdong China.

Hyundai and Tencent bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen segera kepada laporan itu.

Menurut akhbar itu lagi, kedua-dua syarikat itu juga sedang meneroka cara untuk menggunakan aplikasi pesanan ringkas popular WeChat Tencent dalam memajukan model kereta yang disasarkan kepada China.

Hyundai - syarikat pengeluar kereta kelima terbesar negara - dengan syarikat gabungannya, Kia Motors, menjalin kerjasama dengan firma-firma teknologi pandu sendiri dan media sosial sedang ia berusaha untuk memperkenalkan kenderaan-kenderaan automasi tinggi menjelang 2020 dan kenderaan-kenderaan tanpa pemandu menjelang 2030.

Satu lagi syarikat gabungan Hyundai, iaitu Hyundai Mobis, mencapai perjanjian dengan firma enjin pencarian internet terbesar Rusia, Yandex, bulan lalu untuk sama-sama memajukan sistem kawalan bagi kenderaan-kenderaan tanpa pemandu.

Tencent, yang berpusat di Shenzhen dan tersenarai di Hong Kong, sudah mula menerokai teknologi pandu sendiri dan mengiklankan pengambilan jurutera di Silicon Valley tahun lalu.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan