Hyundai Motor nafi kerjasama dengan Tencent berhubung sofwe kenderaan tanpa pemandu
Syarikat pengeluar kenderaan Korea Selatan, Hyundai Motor Co pada Ahad (7 Apr) menafikan laporan bahawa syarikatnya sudah menandatangani perjanjian awal bersama firma teknologi China, Tencent Holdings, bagi membangunkan perisian bagi kenderaan-kenderaan tanpa pemandu.
SEOUL: Syarikat pengeluar kenderaan Korea Selatan, Hyundai Motor Co pada Ahad (7 Apr) menafikan laporan bahawa syarikatnya sudah menandatangani perjanjian awal bersama firma teknologi China, Tencent Holdings, bagi membangunkan perisian bagi kenderaan-kenderaan tanpa pemandu.
Syarikat Hyundai mengeluarkan kenyataan sehari selepas laporan akhbar Korea Selatan, Maeil Business Newspaper menukil beberapa sumber industri pada Sabtu.
Ia menyatakan bahawa kedua-dua syarikat itu merancang untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan secara bersama terhadap sistem-sistem keselamatan bagi kereta-kereta pandu sendiri yang Hyundai rancang untuk perkenalkan menjelang 2030.
Kedua-dua syarikat tidak serta-merta mengeluarkan komen pada Sabtu (6 Apr).
Menurut Hyundai dalam satu kenyataan pada Ahad, kerjasama syarikatnya dengan firma gergasi teknologi China tertumpu kepada sistem hiburan.
Kereta-kereta moden memiliki sistem-sistem hiburan di papan pemuka kenderaan untuk menawarkan khidmat-khidmat seperti pengemudian dan muzik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.