Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hyundai labur AS$250 juta dalam Grab

Hyundar Motor meningkatkan pelaburannya dalam pasaran-pasaran Asia Tenggara yang semakin berkembang, dengan melaburkan AS$250 juta (S$343 juta) dalam syarikat Grab.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Nov 2018 12:59PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 09:08PM

SINGAPURA: Hyundar Motor meningkatkan pelaburannya dalam pasaran-pasaran Asia Tenggara yang semakin berkembang, dengan melaburkan AS$250 juta (S$343 juta) dalam syarikat Grab.

Ini adalah kali kedua Hyundai membuat pelaburan dalam syarikat khidmat kereta sewa privet tersebut.

Pelaburan itu juga merupakan pelaburan terbesar Hyundai dalam syarikat teknologi kenderaan, namun jumlah itu adalah lebih kecil berbanding pelaburan yang dibuat oleh syarikat-syarikat lain seperti Toyota Motor.

Sungguhpun demikian, ia menunjukkan peralihan dalam strategi syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan itu, yang sebelum ini menolak kerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghasilkan dan membangunkan teknologinya sendiri.

Hyundai dan syarikat gabungannya Kia Motors akan melancarkan beberapa projek kenderaan elektrik perintis di Asia Tenggara pada tahun depan. Ia akan dimulakan di Singapura, di mana 200 kenderaan elektrik (EV) akan disewakan kepada para pemandu Grab.

Hyundai menyatakan bahawa projek itu kemudian akan diperluaskan kepada negara-negara lain. Ini termasuk Malaysia dan Vietnam di mana pasaran kereta dikuasai oleh para pesaingnya dari Jepun. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan