Skip to main content

Kewangan

Hyflux terbitkan senarai FAQ bantu pelabur dalam proses tuntutan

Hyflux hari ini (5 Feb) menerbitkan satu siri soal jawab yang biasanya diajukan di laman web syarikat itu, dalam usahanya untuk membantu para pelabur mengemukakan bukti dalam proses tuntutan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Hyflux terbitkan senarai FAQ bantu pelabur dalam proses tuntutan

Loji Bersepadu Air dan Janakuasa Tuaspring. (Gambar: Hyflux)

Diterbitkan : 05 Feb 2019 08:06PM Dikemas Kini : 05 Feb 2019 08:08PM

SINGAPURA: Hyflux hari ini (5 Feb) menerbitkan satu siri soal jawab yang biasanya diajukan di laman web syarikat itu, dalam usahanya untuk membantu para pelabur mengemukakan bukti dalam proses tuntutan mereka.

Pada Jumaat (1 Feb), syarikat rawatan air itu menyatakan bahawa para pemiutang perlu memfailkan bukti tuntutan mereka sebelum 5.00 petang pada 15 Feb. Pengumuman tersebut menimbulkan beberapa kekeliruan dan kebimbangan para pemegang saham minoritinya.

Pertanyaan-pertanyaan yang diajukan termasuk apa yang bakal terjadi jika pelabur tidak memfailkan bukti tuntutan dan cara-cara untuk melakukannya.

Hyflux menjelaskan pihak yang perlu memfailkan bukti tuntutan tetapi tidak melakukannya sebelum tarikh yang ditetapkan, tidak boleh mengundi dalam mesyuarat skimnya dan mungkin juga tidak berhak menerima sebarang pembayaran.

Sesetengah pelabur melahirkan rasa kecewa mengenai tempoh singkat yang diumumkan itu.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita