Hyflux sah capai perjanjian S$400 juta dengan syarikat Utico
Firma rawatan air Singapura yang bermasalah, Hyflux sudah mencapai perjanjian penyusunan semula dengan syarikat Utico hari ini (26 Nov) selepas rundingan beberapa bulan.
SINGAPURA: Firma rawatan air Singapura yang bermasalah, Hyflux sudah mencapai perjanjian penyusunan semula dengan syarikat Utico hari ini (26 Nov) selepas rundingan beberapa bulan.
Perjanjian itu bernilai S$400 juta.
Di bawah perjanjian tersebut syarikat berpangkalan di Amiriah Arab Bersatu itu akan memegang 95 peratus saham Hyflux.
Pemilikan saham itu lebih tinggi daripada tawaran asal 88 peratus yang dibuat oleh Utico pada Julai lalu.
Pinjaman pemegang saham S$100 juta dalam cadangan awal dikekalkan dalam perjanjian dengan Hyflux.
Syarikat Utico membangun infrastruktur air dan tenaga di Timur Tengah.
Hyflux akhirnya mencapai perjanjian dengan Utico selepas satu perjanjian bernilai S$530 juta dengan syarikat Indonesia 'SM Investments' tidak menjadi kenyataan pada April lalu.
Hyflux memfailkan perlindungan muflis pada Mei 2018.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.