Skip to main content

Kewangan

Hyflux, pengarah disiasat beri kenyataan palsu dan mengelirukan

Pihak berkuasa melancarkan satu siasatan bersama terhadap Hyflux dan pengarah serta bekas pengarah syarikat tersebut kerana disyaki memberi kenyataan palsu dan melanggar syarat pendedahan maklumat.

Anggaran Waktu Membaca:
Hyflux, pengarah disiasat beri kenyataan palsu dan mengelirukan

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 02 Jun 2020 10:26PM Dikemas Kini : 02 Jun 2020 10:29PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa melancarkan satu siasatan bersama terhadap Hyflux dan pengarah serta bekas pengarah syarikat tersebut kerana disyaki memberi kenyataan palsu dan melanggar syarat pendedahan maklumat.

Dalam satu kenyataan bersama pada Selasa ( 2 Jun), Jabatan Ehwal Komersil (CAD) Pasukan Polis Singapura (SPF), Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) menyatakan siasatan itu dilakukan menyusuli semakan ke atas pendedahan berkenaan Hyflux.

Pada April 2019, ACRA, MAS dan Peraturan Pertukaran Singapura memulakan semakan untuk melihat sama ada Hyflux telah melanggar sebarang peraturan.

Semakan semula itu mendedahkan terdapat sebab untuk mecurigai bahawa kesalahan sudah dilakukan.

"Siasatan ini akan menentukan sama ada terdapat kelemahan dalam pendedahan Hyflux berhubung projek bersepadu tenaga dan air Tuaspring (Tuaspring IWPP), serta tidak mematuhi piawai perakaunan antara 2011 hingga 2018," menurut kenyataaan itu.

CAD, MAS dan ACRA juga sudah memperoleh rekod perakaunan dan korporat lain dari syarikat itu dan Tuaspring, sebagai sebahagian daripada siasatan tersebut.

Para pengarah Hyflux dan pegawai utama yang terlibat dalam projek Tuasspring juga sudah disoal oleh pihak berkuasa.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa semakan meluas yang dilakukan meliputi pengumuman dan kenyataan kewangan yang dikeluarkan oleh Hyflux sepanjang tempoh lapan tahun antara 2011 hingga 2018."

Apabila ditanya tempoh siasatan itu, CAD, MAS dan ACRA menyatakan satu kemas kini akan dikeluarkan sebaik sahaja hasil siasatan diperolehi. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita