Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hyatt lakukan penyusunan semula, berhentikan 1,300 pekerja

Hyatt Hotels Corp menyatakan pada lewat Isnin (12 Mei) ia akan menyusun semula peranan dan memberhentikan pekerja di seluruh operasinya serata dunia yang akan menjejas sekitar 1,300 kakitangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hyatt lakukan penyusunan semula, berhentikan 1,300 pekerja

Hotel Hyatt di Washington, Amerika Syarikat, pada 8 Mei 2020 yang ditutup kepada tetamu semasa penularan COVID-19. (Gambar fail: Jonathan Ernst/REUTERS)

Diterbitkan : 12 May 2020 11:39AM Dikemas Kini : 12 May 2020 11:40AM

REUTERS: Hyatt Hotels Corp menyatakan pada lewat Isnin (12 Mei) ia akan menyusun semula peranan dan memberhentikan pekerja di seluruh operasinya serata dunia yang akan menjejas sekitar 1,300 kakitangan.

Keputusan itu dibuat sedang perjalanan global terhenti akibat penularan pandemik COVID-19.

"Oleh kerana kemerosotan permintaan dalam sektor percutian yang mencatat sejarah dan rentak pemulihan yang dijangka perlahan, Hyatt telah membuat keputusan sangat sukar untuk melaksanakan pemberhentian dan penyusunan semula peranan di seluruh fungsi korporat sejagatnya mulai 1 Jun 2020," jelas Hyatt dalam satu kenyataan. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan