Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

HungryGoWhere kembali beroperasi; Grab peroleh, lancar semula portal F&B

Anggaran Waktu Membaca:
HungryGoWhere kembali beroperasi; Grab peroleh, lancar semula portal F&B

(Gambar: HungryGoWhere)

Diterbitkan : 15 Jun 2022 02:45PM Dikemas Kini : 15 Jun 2022 02:48PM

SINGAPURA: Setelah hampir setahun berhenti operasi, portal makanan dan minuman (F&B) HungryGoWhere kini kembali. 

HungryGoWhere, yang menutup tirai pada Julai tahun lalu setelah beroperasi selama 15 tahun, kini sudah diperoleh dan dilancarkan semula oleh Grab Singapore. 

Dengan mengekalkan nama serta warna merah ikoniknya, HungryGoWhere yang baru ini akan memberi tumpuan kepada ulasan serta saranan selain menampilkan barisan personaliti yang baru meningkat naik dan asal usul makanan-makanan terkenal, menurut Grab dalam satu kenyataan media pada Rabu (15 Jun). 

Portal itu menyasarkan untuk menjadi sumber yang dirujuk oleh para pelanggan yang ingin mencari berita mengenai F&B di Singapura dan wadah bagi perniagaan meningkatkan kehadirannya dalam pasaran industri itu, tambah Grab. 

"HungryGoWhere adalah jenama yang digemari ramai warga Singapura sejak ia dilancarkan lebih sedekad lalu dan ramai yang sedih melihatnya berhenti operasi," kata Encik Cifer Ong, Pengarah Urusan Strategi dan Perkongsian di Grab Singapore. 

Portal HungryGoWhere yang baru ini akan memanfaatkan data 'superapp' Grab seperti trend makanan popular dan tempat-tempat yang sering dikunjungi. Ini akan digunakan oleh HungryGoWhere "dalam penyusunan kandungannya", menurut Grab. 

Rencana-rencana HungryGoWhere yang relevan juga akan dikongsikan di aplikasi Grab dan saluran pemasaran syarikat tersebut. 

Pemerolehan dan pelancaran semula ini termasuk saluran media sosial HungryGoWhere. 

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa