Huawei sasar hasilkan teknologi kereta tanpa pemandu jelang 2025
Huawei Technologies dari China meletakkan sasaran untuk membangunkan teknologi kereta penumpang tanpa pemandu menjelang 2025, menurut seorang pegawai eksekutif syarikat itu pada Khamis (10 Jun).
Gambar fail: REUTERS
BEIJING/SHENZHEN: Huawei Technologies dari China meletakkan sasaran untuk membangunkan teknologi kereta penumpang tanpa pemandu menjelang 2025, menurut seorang pegawai eksekutif syarikat itu pada Khamis (10 Jun).
Ini sedang syarikat peralatan telekomunikasi terbesar dunia itu cuba mempelbagaikan perniagaannya di tengah-tengah sekatan dari Amerika Syarikat.
"Matlamat kami adalah untuk menghasilkan kereta penumpang tanpa pemandu menjelang 2025," kata Encik Wang Jun, pegawai eksekutif kanan unit kenderaan bijak Huawei dalam satu persidangan industri berkenaan.
Berpuluh-puluh syarikat pemula, pembuat kenderaan dan syarikat-syarikat teknologi seperti Baidu Inc sedang mempergiatkan usaha dalam bidang sistem kenderaan tanpa pemandu yang dijangka membawa perubahan besar kepada industri pengangkutan.
Huawei beralih tumpuan kepada kenderaan elektrik bijak selepas perniagaan telefon bijaknya terjejas teruk oleh sekatan Amerika Syarikat.
Pemerintah yang dipimpin Presiden Donald Trump sebelum ini melabel syarikat tersebut sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara Amerika Syarikat, satu tuduhan yang dinafikan Huawei.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.