Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ho Ching ambil alih jawatan pengerusi Temasek Trust mulai April 2022

Temasek Trust mengumumkan pelantikan Cik Ho Ching ke Lembaga Pengarahnya pada Khamis (30 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Ho Ching ambil alih jawatan pengerusi Temasek Trust mulai April 2022

Gambar: AFP

Diterbitkan : 01 Oct 2021 08:41AM Dikemas Kini : 01 Oct 2021 08:46AM

SINGAPURA: Temasek Trust mengumumkan pelantikan Cik Ho Ching ke Lembaga Pengarahnya pada Khamis (30 Sep).

Pelantikan Cik Ho bermula 1 Okt, hari sama beliau bersara daripada jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Temasek Holdings.

Cik Ho akan mengambil alih jawatan Pengerusi Temasek Trust daripada Encik S Dhanabalan mulai 1 April tahun depan.

Encik Dhanabalan telah menyandang jawatan itu sejak September 2015 dan akan terus duduk dalam Lembaga tersebut selaku pengerusi emeritus.

Pengarah Lembaga sekarang ini termasuk Encik Ng Kee Choe, Cik Chan Wai Ching dan Cik Cheo Hock Kuan, yang juga CEO Temasek Trust.

Temasek Holdings mengumumkan persaraan Cik Ho daripada syarikat pelaburan Singapura itu pada Februari dengan Encik Dilhan Pillay Sandrasegara dilantik menggantikan beliau selaku CEO dan pengarah eksekutif pada 1 Okt.

"Ho Ching mempunyai komitmen mendalam terhadap banyak matlamat kemasyarakatan. Beliau juga telah membantu menekankan kepentingan peranan selia tadbir Temasek sejak dua dekad lalu," kata Encik Dhanabalan.

"Pihak Lembaga memutuskan untuk memintanya menyertai kami dan teruskan komitmen tersebut dengan memimpin Temasek Trust tahun depan."

Cik Ho Ching berkata beliau berbesar hati diminta menyertai Lembaga Temasek Trust.

"Di bawah kepimpinan Hock Kuan sebagai CEO, disokong oleh Dhana sebagai Pengerusi, Temasek Trust telah memperluas peranannya, dengan matlamat menjadi pemangkin dalam memperjuangkan prinsip menggalak kesejahteraan di seluruh Asia, dengan belajar dari orang lain dan menyatukan orang," kata Ci Ho.

"Sebagai contoh, Temasek Trust telah menghasilkan impak pelaburan dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebagai ciri penting untuk menguruskan modal dermawan. Temasek Trust dapat memainkan peranannya untuk memupuk perkongsian rentas sempadan dalam dunia filantropi bukan keuntungan, dan mengubah idea dengan lebih baik menjadi tindakan untuk masa depan yang lebih mampan. "

Cik Ho berkata "jelas ada peluang besar untuk menanam semangat dermawan secara lebih meluas dalam perniagaan di Asia, dan bekerjasama untuk kebaikan bersama".

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Encik Dhanabalan atas kepimpinannya di Temasek Trust yang telah "memperkukuhkan Temasek Trust sebagai rakan kongsi dan wadah yang dipercayai bagi kerja-kerja kemasyarakatn yang memberi kesan mendalam secara mampan".

"Saya sangat gembira kerana beliau akan kekal dalam Lembaga Pengarah sebagai pengerusi emeritus, untuk berkongsi pengalaman, wawasan, dan kebijaksanaannya, seperti yang telah dilakukannya sejak sekian lama," kata Cik Ho.

Temasek Trust ditubuhkan oleh Temasek Holdings pada tahun 2007. Ia menyediakan tadbir urus dan penyeliaan kewangan bagi Yayasan Temasek, Stewardship Asia Center dan Makmal Sains Hayat Temasek.

Sumber : CNA/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan