Skip to main content

Kewangan

HDB sokong syarikat binaan, ringankan beban kewangan agar kerja berjalan lancar

Syarikat-syarikat binaan yang sedang menyiapkan sekitar 35 projek Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dilindungi sepenuhnya daripada harga besi yang naik turun selama lagi sembilan bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
HDB sokong syarikat binaan, ringankan beban kewangan agar kerja berjalan lancar

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 15 Sep 2021 05:16PM Dikemas Kini : 15 Sep 2021 05:17PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat binaan yang sedang menyiapkan sekitar 35 projek Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dilindungi sepenuhnya daripada harga besi yang naik turun selama lagi sembilan bulan.

Tempoh itu akan melampaui yang termaktub pada kontrak binaan.

Ini adalah antara langkah diumumkan HDB bagi mengurangkan beban kewangan syarikat dan memastikan kerja-kerja binaan berjalan lancar.

Harga besi naik sekitar 25 peratus sejak Januari lalu disebabkan rantaian bekalan yang terjejas dek COVID-19.

Selain melanjutkan tempoh perlindungan harga besi, para kontraktor juga dapat membeli lebih banyak bahan menurap seperti simen dan tanah daripada HDB pada harga yang sama seperti di dalam tender.

Firma-firma itu boleh memohon bagi bekalan tambahan mulai bulan depan.

Bagi terus memudahkan isu aliran wang tunai, HDB menyalurkan lebih awal jumlah S$170 juta kepada 36 kontraktor setakat Ogos lalu.

HDB juga memperuntukkan S$36 juta bagi membiayai bersama perbelanjaan operasi yang meningkat seperti kos sewa peralatan disebabkan kontrak binaan yang dilanjutkan.

Sumber : CNA/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita