Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hasil pengilangan S'pura tumbuh lebih perlahan 0.6% pada Jul

Hasil pengilangan Singapura sepanjang Julai lalu meningkat 0.6% dari tahun ke tahun berbanding 2.2% pada bulan Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Aug 2022 04:58PM Dikemas Kini : 27 Aug 2022 12:00AM
SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura sepanjang Julai lalu meningkat 0.6% dari tahun ke tahun berbanding 2.2% pada bulan Jun.

Menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), ini disebabkan hasil pengeluaran yang merosot bagi kelompok sektor elektronik dan bioperubatan.

Secara keseluruhan, pengeluaran elektronik merosot sekitar 6% ekoran kurangnya pengeluaran semikonduktor dan segmen simpanan data.

Kelompok bioperubatan pula merosot hampir 11% disebabkan permintaan yang lemah bagi sektor farmaseutikal.

Sementara itu, sektor kejuruteraan pengangkutan mendorong hasil pengilangan selepas melonjak lebih 18%.

Ini berikutan permintaan yang tinggi untuk alat-alat ganti pesawat dan kerja-kerja penyenggaraan kapal selepas sempadan dibuka semula.

Sektor pengeluaran pada umumnya meningkat hampir 15%, dipacu permintaan yang meningkat bagi produk-produk minuman dan tenusu.
 
Sumber : CNA/IQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan