Hasil pengilangan SG naik 3.9% pada Mei
Hasil pengilangan Singapura meningkat sebanyak 3.9 peratus pada Mei berbanding setahun lalu.
Kemudahan pengilangan di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
Angka itu lebih rendah berbanding bulan sebelumnya, iaitu 5.6 peratus selepas semakan dibuat. Namun begitu, ia masih melebihi unjuran pasaran.
Kelompok kejuruteraan pengangkutan mencatat pertumbuhan tertinggi, dengan lonjakan lebih 25 peratus berbanding Mei tahun lalu, hasil peningkatan dalam pengeluaran bahagian pesawat serta penyenggaraan pesawat.
Kejuruteraan jitu turut berkembang lebih 10 peratus, didorong oleh peningkatan pengeluaran peralatan semikonduktor dan alat pengukur sebanyak lebih 12 peratus.
Sektor pengeluaran umum sebaliknya menyusut hampir sembilan peratus,akibat kemerosotan sebanyak 4.5 peratus bagi sektor makanan, minuman dan produk tembakau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.