Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hasil pengilangan S'pura tumbuh lebih perlahan pada Ogos

Hasil pengilangan Singapura tumbuh lebih perlahan, iaitu 11.2 peratus pada bulan Ogos berbanding setahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil pengilangan S'pura tumbuh lebih perlahan pada Ogos

(Gambar hiasan: TODAYonline)

Diterbitkan : 24 Sep 2021 05:46PM Dikemas Kini : 24 Sep 2021 05:48PM

SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura tumbuh lebih perlahan, iaitu 11.2 peratus pada bulan Ogos berbanding setahun lalu.

Namun ia tetap tumbuh buat bulan ke-10, didorong oleh kelompok kejuruteraan pengangkutan.

Prestasi Ogos bagaimanapun tidak setara pertumbuhan 16.5 peratus pada Julai lalu.

Kelompok kejuruteraan pengangkutan tumbuh sekitar 23 peratus.

Ia bangkit daripada paras yang rendah tahun lalu apabila permintaan lemah dalam pasaran minyak dan gas sejagat.

Pada ketika itu sekatan-sekatan perjalanan juga lebih ketat.

Permintaan bagi cip komputer dari pasaran-pasaran 5G juga mendorong pengeluaran elektronik yang meningkat 15 peratus.

Namun pengeluaran segmen bioperubatan menyusut 0.6 peratus berbanding setahun lalu, akibat pengeluaran ubat-ubatan yang merosot.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan