Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hasil pengilangan S'pura naik 0.7% pada Februari

Hasil pengilangan Singapura naik 0.7 peratus pada Februari 2019 berbanding setahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Mar 2019 02:47PM Dikemas Kini : 26 Mar 2019 11:48PM

SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura naik 0.7 peratus pada Februari 2019 berbanding setahun lalu. Kenaikan itu dicatatkan menyusuli kemerosotan 3.1 peratus pada Januari, menurut data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) hari ini (26 Mac).

Tidak termasuk bioperubatan, hasil pengeluaran turun 1.6 peratus pada Februari. Kelompok itu mencatat peningkatan 13.3 peratus, didorong oleh peningkatan segmen farmaseutikal yang melonjak 17.9 peratus.

Kelompok kejuruteraan pengangkutan, pengilangan umum dan kimia juga tumbuh antara 2.0 hingga 4.2 peratus.

Namun, pertumbuhan pengilangan disesuaikan akibat penguncupan pada kejuruteraan jitu dan elektronik, dengan hasil pengeluaran masing-masing merosot sebanyak 14.9 peratus dan 1.1 peratus.

Prestasi lemah kelompok kejuruteraan jitu disebabkan oleh pengeluaran perkakas semikonduktor yang lebih rendah, menyebabkan segmen jentera dan sistem menjunam 27.8 peratus.

Selepas penyesuaian musiman, hasil pengeluaran pada Februari adalah 4.1 peratus lebih rendah berbanding Januari dan 0.1 peratus lebih rendah jika tidak mengambil kira hasil pengeluaran bioperubatan.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan