Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hasil pengilangan S'pura menguncup buat kali pertama dalam hampir setahun

Hasil pengilangan Singapura merosot buat kali pertama dalam hampir setahun pada September, sebahagian besarnya disebabkan oleh segmen farmaseutikal, menurut perangkaan rasmi hari ini (26 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil pengilangan S'pura menguncup buat kali pertama dalam hampir setahun

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Oct 2021 02:29PM Dikemas Kini : 26 Oct 2021 02:30PM

SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura merosot buat kali pertama dalam hampir setahun pada September, sebahagian besarnya disebabkan oleh segmen farmaseutikal, menurut perangkaan rasmi hari ini (26 Okt).

Hasil pengilangan jatuh 3.4 peratus dari tahun ke tahun pada September, menyusuli pertumbuhan pada kadar disemak, iaitu 11 peratus pada Ogos. Ini adalah kali pertama hasil pengilangan mencatat kemerosotan sejak Oktober tahun lalu, apabila ia menguncup 0.4 peratus.

Tidak mengambil kira pengilangan bioperubatan, hasil pengilangan tumbuh 9.4 peratus pada September, menurut perangkaan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

BIOPERUBATAN MEROSOT

Kelompok pengilangan bioperubatan Singapura menguncup 35.9 peratus pada September, meneruskan kemerosotan 1.7 peratus yang dicatat pada bulan sebelumnya.

Segmen teknologi perubatan naik 2.4 peratus dengan permintaan eksport kekal bagi peranti perubatan. Segmen farmaseutikal, bagaimanapun, menjunam 46.2 peratus disebabkan campuran berbeza bahan farmaseutikal aktif yang dihasilkan berbanding setahun lalu, jelas EDB.

KELOMPOK ELEKTRONIK TUMBUH LEBIH PERLAHAN

Pengeluaran elektronik meningkat 4.9 peratus, pada rentak lebih perlahan berbanding pertumbuhan 15.4 peratus pada bulan sebelumnya. Semua segmen mencatat pertumbuhan kecuali peranti komputer dan penyimpanan data.

Hasil pengeluaran kimia tumbuh 12.4 peratus, meneruskan kenaikan 0.7 peratus pada Ogos. Segmen petroleum dan petrokimia masing-masing tumbuh 26.1 peratus dan 18.6 peratus berbanding setahun lalu, pulih daripada penutupan akibat penyelenggaraan loji serta permintaan eksport yang lebih lemah di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Pengeluaran bagi kejuruteraan jitu pula melonjak 30.2 peratus pada September. Semua segmen tumbuh, dengan segmen jentera dan sistem meningkat sebanyak 38.4 peratus dan modul dan komponen jitu sebanyak 13.5 peratus.

Kelompok kejuruteraan pengangkutan meningkat 12.9 peratus pada September, dengan segmen aeroangkasa tumbuh 21.7 peratus manakala segmen marin dan luar pesisir naik 9.9 peratus.

Ini disebabkan pertambahan aktiviti dalam firma aeroangkasa dan limbungan kapal berbanding tahun lepas, apabila industri itu masing-masing terjejas oleh sekatan perjalanan antarabangsa dan pasaran minyak dan gas global yang lemah di tengah-tengah pandemik COVID-19, menurut EDB.

Kelompok pengilangan am pula menguncup 2.7 peratus pada September, didorong oleh kemerosotan dalam segmen percetakan dan makanan, minuman dan tembakau, yang masing-masing jatuh 14.5 peratus dan 16 peratus.

Bagaimanapun, hasil pengilangan dalam segmen industri pelbagai melonjak 21 peratus daripada asas rendah tahun lepas, apabila permintaan bagi produk berkaitan binaan terjejas teruk oleh COVID-19.

Laporan bulanan pengilangan yang seterusnya oleh EDB akan dikeluarkan pada 26 November.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan