Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Hasil pengilangan S'pura jatuh 3.1% pada Januari

Hasil pengilangan Singapura jatuh 3.1 peratus pada bulan Januari berbanding tempoh yang sama setahun lalu, disebabkan oleh kemerosotan dalam segmen-segmen seperti elektronik dan kejuruteraan jitu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil pengilangan S'pura jatuh 3.1% pada Januari

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 26 Feb 2019 02:47PM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 02:50PM

SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura jatuh 3.1 peratus pada bulan Januari berbanding tempoh yang sama setahun lalu, disebabkan oleh kemerosotan dalam segmen-segmen seperti elektronik dan kejuruteraan jitu.

Tidak termasuk pengilangan bioperubatan, hasil pengeluarannya jatuh 5.9 peratus, menurut data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) hari ini (26 Feb).

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, hasil pengilangan naik 0.9 peratus.

Hasil pengilangan tumbuh 2.7 peratus pada Disember dan 7.6 peratus pada November berbanding tempoh yang sama setahun lalu.

Hasil pengeluaran elektronik merosot 13.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Semua segmen, kecuali segmen modul dan komponen elektronik, mencatat jumlah pengeluaran yang lebih rendah.

Segmen kejuruteraan jitu juga mencatat jumlah pengeluaran yang lebih rendah, iaitu pada 15.7 peratus berbanding setahun lalu.

Segmen jentera dan sistem menjunam 20.8 peratus disebabkan oleh pengeluaran peralatan semikonduktor yang lebih rendah manakala segmen modul dan komponen jitu juga susut 7.4 peratus.

Segmen petrokimia dan segmen pengkhususan masing-masing susut 1.8 peratus dan 3.2 peratus.

Semua segmen bagaimanapun mencatat prestasi baik, dengan kejuruteraan pengangkutan mencatat prestasi paling baik.

Hasil pengilangan meningkat 20.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan semua segmen mencatat pertumbuhan.

Segmen kejuruteraan marin dan luar pesisir tumbuh 26.9 peratus manakala segmen aeroangkasa tumbuh 17.4 peratus, dengan lebih peningkatan pada kegiatan pembaikan dan penyenggaran daripada syarikat-syarikat penerbangan.

Hasil pengilangan bioperubatan tumbuh 10 peratus pada bulan lalu, dengan pengeluaran farmaseutikal tumbuh 13.5 peratus.

Hasil pengilangan umum juga naik 3.2 peratus pada bulan lalu berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Segmen perusahaan aneka jenis tumbuh 5.8 peratus, manakala segmen makanan, minuman dan tembakau naik 4.6 peratus, dipacu oleh permintaan semasa musim perayaan.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan