Hasil pengeluaran S'pura tumbuh 0.1% pada Sep
Hasil perkilangan Singapura tumbuh hanya 0.1 peratus bulan lalu berbanding tahun sebelumnya.
SINGAPURA: Hasil perkilangan Singapura tumbuh hanya 0.1 peratus bulan lalu berbanding tahun sebelumnya.
Namun begitu, keputusan tersebut lebih baik dari Ogos apabila ia mencatatkan penurunan sebanyak 6.4 peratus.
Hasil perkilangan Singapura yang mencatatkan kesuraman bagi empat daripada sembilan bulan untuk tahun ini dibelenggu ketegangan perang dagangan Amerika Syarikat-China dan pertumbuhan perlahan ekonomi China.
Sektor elektronik yang menyumbang sebanyak 30 peratus hasil perkilangan Singapura terus jatuh pada bulan September sebanyak 9.6 peratus.
Sementara itu, penyumbang kedua terbesar perkilangan iaitu bioperubatan pula melonjak 21.9 peratus.
Dengan mengecualikan perkilangan bio perubatan, pengeluaran keseluruhan perkilangan jatuh sebanyak 4.3 peratus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.