Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga sewa rumah dijangka merosot 3.5% tahun ini akibat kemelesetan ekonomi

Harga sewa rumah di Singapura dijangka merosot sebanyak 3.5 peratus tahun ini di tengah-tengah kemelesetan ekonomi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Sep 2020 11:54PM Dikemas Kini : 21 Sep 2020 12:09AM

SINGAPURA: Harga sewa rumah di Singapura dijangka merosot sebanyak 3.5 peratus tahun ini di tengah-tengah kemelesetan ekonomi.

Menurut para penganalisis, kejatuhan harga lebih banyak kemungkinan berlaku mulai suku keempat sedang sempadan mula dibuka semula dan beberapa ekspatriat terjejas oleh pemberhentian kerja.

Tuan tanah yang dijangka paling berisiko adalah mereka yang menyewakan unit pada harga antara S$3,000 hingga S$6,000 sebulan.

Golongan ekspatriat membentuk sekitar 70 peratus daripada pasaran rumah sewa di Singapura. Namun kini, jumlah itu susut sebanyak 80 peratus kerana kebanyakan mereka bersikap lebih berhemat.

Satu lagi segmen pasaran sewa hartanah juga terjejas.

Pengendali tinggal bersama, Commontown, menguruskan 100 bilik di seluruh pinggir bandar. Sebahagian besar penyewanya adalah ekspatriat muda yang hidup bujang.

Bagaimanapun sejak pandemik COVID-19, kadar penginapan jatuh sekitar 80 peratus berbanding 100 peratus sebelumnya dengan ramai ekspatriat dihantar pulang.

Menurut syarikat perundingan hartanah Savills, perubahan dalam pasaran sewa mencadangkan bahawa mereka yang memegang jawatan peringkat junior hingga pertengahan menanggung beban pemberhentian kerja dan pemotongan gaji.

Ini disaksikan oleh kemerosotan 46 peratus dari tahun ke tahun dalam jumlah sewa HDB bulan lalu.

Begitu juga bagi kondominium, bilangan sewa menjunam 47 peratus berbanding setahun lalu.

Pakar-pakar mengatakan sewa dalam pasaran umum dan pertengahan akan menghadapi kesan paling besar - jatuh sehingga 3.5 peratus tahun ini.

Harga dijangka merosot paling banyak antara Oktober hingga Disember.

Sekalipun harga sewa merudum, pakar-pakar berkata gangguan harga tidak akan mempengaruhi penilaian aset hartanah dengan terlalu ketara.

Ini kerana kebanyakan tuan tanah masuk pasaran untuk jangka masa panjang.

Para pengamat industri pula berkata ketidaktentuan berhubung keselamatan pekerjaan akan membuat sewa jangka masa pendek suatu pilihan popular.

Maka itu, tuan tanah harus bersedia menawarkan fleksibiliti sedemikian untuk menarik penyewa. 

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan