Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga rumah privet jatuh 0.6% pada suku pertama

Harga rumah privet di Singapura merosot 0.6 peratus dalam suku pertama tahun ini, menurut unjuran awal yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (1 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:
Harga rumah privet jatuh 0.6% pada suku pertama

Rumah privet di Singapura. (Gambar fail: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 01 Apr 2019 11:00AM Dikemas Kini : 01 Apr 2019 11:03AM

SINGAPURA: Harga rumah privet di Singapura merosot 0.6 peratus dalam suku pertama tahun ini, menurut unjuran awal yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (1 Apr).

Indeks hartanah privet jatuh 0.9 mata dari 149.6 mata dalam suku keempat 2018 kepada 148.7 mata dalam suku pertama 2019.

Ini menunjukkan penurunan sebanyak 0.6 peratus, berbanding kemerosotan 0.1 peratus dalam suku sebelumnya, menurut URA.

Harga rumah privet tanpa halaman merosot sebanyak 2.9 peratus di bahagian tengah bandar (CCR), berbanding kemerosotan sebanyak 1.0 peratus dalam suku sebelumnya.

Manakala harga hartanah di sekeliling kawasan itu (RCR) merosot 0.2 peratus, setelah mencatatkan peningkatan 1.8 peratus pada suku sebelumnya. Harga hartanah privet di pinggir kawasan tersebut (OCR) kekal tidak berubah, menyusuli kenaikan sebanyak 0.7 peratus dalam suku sebelumnya.

Unjuran awal dikumpulkan berdasarkan harga urus niaga dalam kontrak yang diserahkan bagi bayaran cukai setem dan data mengenai unit-unit yang dijual oleh para pemaju sehingga pertengahan Mac.

Statistik tersebut akan dikemas kini pada 26 April apabila URA mengeluarkan statistik lengkap bagi suku pertama 2019.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan