Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga petrol RON97 turun 5 sen; RON95, diesel kekal

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON97 turun lima sen seliter dari RM4.80 (S$1.52) kepada RM4.75 (S$1.50) seliter, manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 14 Julai hingga 20 Julai.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini (13 Jul) memaklumkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 (S$0.65) dan RM2.15 (S$0.68) seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua bahan api itu sudah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

Kementerian itu menjelaskan harga baru itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu lagi.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan