Harga minyak naik, ditutup 7% lebih tinggi susuli serangan Israel-Iran
Sebuah pam penggali minyak dari bawah tanah yang beroperasi di tapak Vermilion Energy di Trigueres, Perancis, 14 Jun 2024. (Gambar: REUTERS)
Opsyen panggilan memberikan para pemegang hak untuk membeli kontrak niaga hadapan pada harga dan tarikh ditetapkan, dan jumlah saham tambahan juga boleh bantu mereka ukur sentimen pasaran.
Kira-kira 33,411 kontrak bagi opsyen panggilan atas minyak mentah WTI sebanyak S$80 diperdagangkan pada Jumaat dengan jumlah saham sebanyak 681,000 kontrak, iaitu jumlah tertinggi bagi tahun ini, menurut data kumpulan CME,
Kali terakhir dagangan capai peringkat tinggi sedemikian adalah bagi kontrak panggilan S$10 pada 10 Januari, dengan 17,030 opsyen panggilan Februari 2025 pada S$80 diperdagangkan pada jumlah dagangan sebanyak 301,866 kontrak.
Harga minyak melonjak pada hari Jumaat dan ditutup 7 peratus lebih tinggi selepas Israel dan Iran melancarkan serangan udara, mencetus kebimbangan dalam kalangan pelabur bahawa pertempuran itu boleh menjejas eksport minyak dari Timur Tengah dengan ketara,
Harga saham minyak mentah West Texas Intermediate Amerika ditutup.pada $72.98 (SGD92.59) setong, naik $4.94 (SGD6.33), atau 7.62 peratus.
Semasa sesi itu, Saham WTI melonjak lebih 14 peratus kepada paras tertingginya sejak 21 Januari pada harga $77.62 (SGD99.43).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.