Harga kopi mungkin naik 25% pada 2025; hasil tuaian teruk di Brazil, Vietnam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: MAURO PIMENTEL / AFP)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
MOSKO: Harga kopi mungkin meningkat sebanyak 25 peratus pada 2025, disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan dijangka akan memberi kesan kepada hasil tuaian di Brazil dan Vietnam, negara pengeluar utama kopi Arabica dan Robusta, menurut Anton Trenin, pakar penarafan korporat Agensi Rating Kredit Analitikal Rusia (ACRA), kepada RIA Novosti pada Ahad (1 Dis).
"Kopi tidak dihasilkan di Rusia dan produk ini sepenuhnya bergantung kepada import... jika kita bercakap mengenai harga purata, keadaan ini berkemungkinan tidak akan bertambah baik pada 2025, dan ia mungkin meningkat 20 hingga 25 peratus lebih tinggi," katanya.
Jumlah pengeluaran kopi di dunia dibahagikan kepada 70 peratus Arabica dan 30 peratus Robusta, kata Encik Trenin.
"Brazil adalah pengeluar kopi terbesar di dunia dan memenuhi kira-kira satu pertiga daripada permintaan global untuk kopi Arabica. Masalah kemarau di Brazil terus memberi tekanan kepada pasaran... pada masa yang sama, taufan dan hujan yang jarang berlaku di Vietnam, pengeluar Robusta terbesar di dunia, juga dijangka mengurangkan hasil tuaian kopi," kata pakar ACRA itu.
Pasaran kopi Rusia sepenuhnya dipengaruhi oleh bekalan luar negara dan kadar pertukaran dolar Amerika, yang mewujudkan faktor negatif tambahan yang mempengaruhi kos kopi, kata Encik Trenin.
Akibatnya, para pengguna di Rusia berkemungkinan besar akan terus berdepan dengan kenaikan harga kopi yang ketara, katanya lagi.
Harga kopi di bursa terus mencatat paras rekod tertinggi. Pada Rabu, harga kontrak hadapan Robusta untuk Januari 2025 meningkat melebihi AS$5,500 (S$7,400) bagi setiap tan, tahap yang belum pernah dicapai sejak awal 2008.
Harga kopi Arabica pula meningkat melebihi AS$7,300 (S$9,822) bagi setiap tan, mencatat rekod tertinggi sejak 1977.
Harga kopi Robusta pertama kali melepasi AS$4,000 (S$5382) satu tan pada April dan AS$5,000 (S$6728) pada Ogos.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.