Skip to main content

Kewangan

Harga jualan semula flat HDB meningkat buat bulan ketiga berturut-turut pada Sep

Harga jualan semula flat HDB meningkat buat bulan ketiga berturut-turut pada September.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Oct 2020 06:44PM Dikemas Kini : 08 Oct 2020 09:11PM

SINGAPURA: Harga jualan semula flat HDB meningkat buat bulan ketiga berturut-turut pada September.

Ini termasuk sebuah flat lima bilik The Pinnacle@Duxton yang dijual pada harga hampir S$1.26 juta.

Ia antara lapan flat yang dijual semula pada harga melepasi sejuta dolar.

Harga flat HDB jualan semula naik 0.8 peratus berbanding bulan lalu.

Kesemua jenis flat, di estet matang mahupun tidak matang, mencatat kenaikan.

Hampir 2,500 flat HDB bertukar tangan, tambahan hampir 33% berbanding jumlah transaksi setahun lalu.

Para pengamat berkata, perangkaan itu mencerminkan permintaan yang bertambah kukuh.

Ini ekoran kadar faedah rendah dan pembinaan flat-flat baru yang tergendala.

Pemasaran flat-flat yang baru melepasi Tempoh Penginapan Minimum juga menyumbang kepada harga yang kian meningkat.

Sumber : CNA/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita