Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga hartanah privet susut sedikit dalam suku pertama: URA

Harga rumah privet di Singapura merosot 0.7 peratus pada suku pertama tahun ini, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat (26 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga hartanah privet susut sedikit dalam suku pertama: URA

Rumah privet dan eksekutif kondominium di Singapura. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 26 Apr 2019 01:27PM Dikemas Kini : 26 Apr 2019 01:31PM

SINGAPURA: Harga rumah privet di Singapura merosot 0.7 peratus pada suku pertama tahun ini, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat (26 Apr).

Ia jatuh tinggi sedikit daripada kemerosotan 0.6 peratus yang dikeluarkan dalam anggaran awal URA pada 1 Apr.

Harga pada suku sebelumnya menguncup 0.1 peratus.

Harga hartanah berhalaman meningkat 1.1 peratus pada tiga bulan pertama tahun ini berbanding kemerosotan sebanyak 2 peratus pada suku terakhir 2018.

Harga hartanah tidak berhalaman pula merosot 1.1 peratus, berbanding kenaikan 0.5 peratus yang dicatatkan suku sebelumnya.

Harga hartanah tidak berhalaman di kawasan tengah bandar (CCR), merosot 3 peratus, jatuh lebih banyak berbanding 1 peratus suku sebelumnya. Harga hartanah tidak berhalaman di pinggir kawasan bandar (RCR) merosot 0.7 peratus, manakala harga meningkat 0.2 peratus di luar kawasan bandar (OCR).

Dalam pada itu harga sewa bagi hartanah privet meningkat satu peratus pada suku pertama 2019, berbanding penurunan satu peratus yang dicatatkan suku sebelumnya.

Harga sewa hartanah berhalaman naik 0.2 peratus pada tiga bulan pertama tahun ini, berbanding penurunan 2.1 peratus pada suku sebelumnya. Harga sewa bagi hartanah tidak berhalaman juga meningkat, 1.1 peratus, berbanding penurunan 0.8 peratas dalam suku sebelumnya.

Para pemaju melancarkan penjualan 2,989 unit kediaman privet belum siap dalam suku pertama 2019, lebih banyak berbanding 1,657 unit yang dilancarkan pada suku sebelumnya. Ini tidak termasuk Kondominium Eksekutif (EC).

Daripada jumlah itu, 1,838 unit rumah privet dijual, tinggi sedikit berbanding 1,836 yang dijual pada suku sebelumnya.

Tiada kondominium eksekutif dilancarkan untuk dijual, tetapi para pemaju menjual 10 unit dari pelancaran sebelumnya. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan