Harga emas sekali lagi pecah rekod tertinggi selepas Fed beri isyarat dua pemotongan kadar pada 2025
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
NEW YORK: Harga Emas mencecah paras tertinggi pada Khamis (20 Mac) apabila Rizab Persekutuan (Fed AS) Amerika Syarikat membayangkan dua pemotongan kadar faedah tahun ini, meningkatkan lagi daya tarikan lindung nilai jongkong berharga itu di tengah-tengah masalah geopolitik dan ekonomi yang berterusan.
Kontrak semasa emas naik 0.1 peratus kepada AS$3,049.89 seaun setakat 0210 GMT selepas mencapai paras rekod tertinggnya AS$3,055.96 pada awal sesi.
Niaga hadapan emas AS naik 0.6 peratus kepada AS$3,058.40.
Harga emas didorong oleh "banyak situasi pasaran yang tidak menentu, ketegangan geopolitik, dolar AS yang lebih lemah, dan jangkaan bahawa kadar faedah akan dipotong kemudian," kata Dick Poon, pengurus besar di Heraeus Metals Hong Kong Ltd.
Fed mengekalkan kadar faedah penanda arasnya pada julat 4.25 peratus hingga 4.50 peratus pada Rabu. Penggubal dasar menjangkakan bank pusat akan mengumumkan dua potongan kadar suku peratusan mata menjelang akhir 2025.
Dasar awal pentadbiran Trump, termasuk tarif import yang meluas, nampaknya telah mendorong ekonomi AS ke arah pertumbuhan yang lebih perlahan dan sekurang-kurangnya inflasi yang lebih tinggi buat sementara waktu, kata Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell.
Tarif yang dikenakan Presiden Trump, telah mencetuskan ketegangan perdagangan, dan secara meluas dianggap sebagai memudaratkan pertumbuhan ekonomi.
Ketidakpastian tarif, kemungkinan pemotongan kadar dan ketegangan di Timur Tengah yang disambung semula telah menyumbang kepada kenaikan harga rekod emas, mendorong jongkong itu mencapai 16 rekod tertinggi setakat ini pada 2025, empat daripadanya melebihi AS$3,000.
Emas dianggap sebagai lindung nilai terhadap ketidaktentuan global, dan berkembang baik dalam persekitaran kadar faedah yang rendah.
"Memandangkan prestasi yang sangat baik dalam emas pada suku pertama, saya rasa pembetulan bukan perkara yang mustahil," kata Nicholas Frappell, ketua pasaran institusi global di ABC Refinery.

Sumber : Agensi berita/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.