Skip to main content

Kewangan

Harga emas, perak diunjur terus naik dalam jangka panjang

Harga emas dan perak dijangka terus meningkat dalam jangka panjang, menurut para penganalisis, yang mengekalkan unjuran positif bagi logam berharga itu meskipun ia berdepan turun naik pasaran kebelakangan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga emas, perak diunjur terus naik dalam jangka panjang

Gambar yang menunjukkan jongkong emas. (Gambar: iStock)

SINGAPURA: Harga emas dan perak dijangka terus meningkat dalam jangka panjang, menurut para penganalisis, yang mengekalkan unjuran positif bagi logam berharga itu meskipun ia berdepan turun naik pasaran kebelakangan ini.

Beberapa institusi kewangan utama turut mengeluarkan unjuran optimis terhadap kedua-dua logam tersebut. OCBC menaikkan unjurannya selama 12 bulan kepada AS$4,600 (S$5,963.88) bagi setiap auns emas dan AS$56 (S$72.60) bagi setiap auns perak, manakala Maybank meramalkan harga emas boleh mencecah AS$4,800 (S$6,223.18) bagi setiap auns menjelang akhir tahun depan. HSBC sebelum ini mengunjurkan harga emas akan mencecah AS$5,000 (S$6,482.47) bagi setiap auns pada 2026 sebelum pengukuhan pasaran baru-baru ini.

Setakat pagi Isnin (27 Okt), emas didagangkan pada harga AS$4,076 (S$5,284.51) bagi setiap auns dan perak pada AS$48.21 (S$62.50) bagi setiap auns, susut daripada paras tertinggi yang dicapai baru-baru ini iaitu masing-masing melebihi AS$4,300 (S$5,574.93) dan AS$54 (S$70.01) bagi setiap auns.

Ketua Pegawai Pelaburan Rantau Afrika, Timur Tengah dan Eropah bagi Unit Kekayaan Standard Chartered, Encik Manpreet Gill, menjangkakan harga emas akan meningkat pada rentak yang lebih perlahan dalam masa beberapa bulan mendatang.

Beliau berkata, harga perak dijangka berdepan “tentangan teknikal yang kuat” pada paras sekitar AS$50 (S$64.82) serta tekanan data ekonomi Amerika Syarikat yang lebih lemah.

“Namun, di luar ramalan jangka pendek ini, kami menjangkakan harga akan meningkat. Dalam portfolio pelbagai aset kami, kami masih memberi penekanan kepada emas,” kata Encik Gill.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita