Skip to main content

Kewangan

Harga COE ditutup lebih tinggi bagi semua kategori kecuali motosikal

Harga bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) terus ditutup lebih tinggi dalam bidaan terbaru pada Rabu (17 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE ditutup lebih tinggi bagi semua kategori kecuali motosikal

Gambar fail jalan raya di Singapura. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 05:23PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 05:50PM

SINGAPURA: Harga bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) terus ditutup lebih tinggi dalam bidaan terbaru pada Rabu (17 Apr).

Premium COE bagi kereta dalam Kategori A, atau sehingga 1,600cc dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, ditutup lebih tinggi iaitu S$33,199, berbanding S$29,159.

Premium bagi kereta lebih besar dengan kuasa lebih tinggi dalam Kategori B naik kepada S$48,000 dari S$43,102.

COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan, tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, meningkat kepada S$52,410 berbanding S$48,209 - harga tertinggi sejak lebih setahun dan kali pertama ia melepasi paras S$50,000 sejak 6 Dis 2017.

COE bagi kenderaan komersil termasuk kenderaan barangan dan bas, naik kepada S$32,001 berbanding S$27,589 sebelum ini.

Premium motosikal ditutup pada S$3,452, turun daripada S$3,501 dalam bidaan lalu.

Secara keseluruhannya sebanyak 6,239 bidaan diterima, dengan 4,395 COE diperuntukkan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita