Skip to main content

Kewangan

Harga COE ditutup lebih tinggi bagi semua kategori

Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi dalam bidaan terbaru pada Rabu (3 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Apr 2019 05:56PM Dikemas Kini : 03 Apr 2019 11:01PM

SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi dalam bidaan terbaru pada Rabu (3 Apr).

Bagi kereta dalam Kategori A, iaitu 1,600cc dan ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium COE ditutup pada S$29,159, berbanding S$26,659 dalam bidaan sebelumnya.

Premium bagi kereta lebih besar dengan kuasa lebih tinggi dalam Kategori B naik kepada S$43,102 dari S$39,401.

COE bagi kenderaan komersil termasuk kenderaan muatan dan bas, naik kepada S$27,589 berbanding S$27,021 dalam bidaan sebelumnya.

COE motosikal ditutup pada S$3,501, turun daripada S$3,469 dalam bidaan lalu.

COE bagi Kategori Terbuka yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, meningkat kepada S$48,209 daripada S$41,000 sebelum ini.

Secara keseluruhannya sebanyak 6,392 bidaan diterima, dengan 4,396 COE diperuntukkan.   

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita