Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terkini

Premium bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru yang diumumkan pada Rabu (22 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terkini

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 22 Jan 2020 04:43PM Dikemas Kini : 22 Jan 2020 04:55PM

SINGAPURA: Premium bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru yang diumumkan pada Rabu (22 Jan).

Bagi Kategori A, untuk kereta 1,600cc dan lebih kecil dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada harga S$35,010, berbanding S$35,320 pada bidaan sebelumnya.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B pula meningkat kepada S$37,750 dari S$37,109.

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, turut meningkat kepada S$25,001 berbanding S$24,402 dalam bidaan sebelum ini.

Bagi motosikal pula, harga COEnya ditutup di paras S$4,610, meningkat dari S$3,989 dalam bidaan sebelum ini.

Bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan tetapi selalunya digunakan untuk kereta besar, premiumnya merosot kepada S$37,500 dari S$38,000.

Sebanyak 4,515 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 3,456 COE diperuntukkan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan