Harga COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru
Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Rabu (18 Sep).
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Rabu (18 Sep).
Bagi Kategori A, iaitu kereta 1,600cc dan lebih kecil dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada S$31,759 berbanding S$31,783 pada bidaan lalu.
Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B pula meningkat dari S$36,001 kepada S$37,000.
COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, turut meningkat kepada S$25,556 berbanding S$25,502 dalam bidaan sebelum ini.
Premium motosikal ditutup pada S$3,601, jatuh daripada S$4,089 dalam bidaan lalu.
Bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, premiumnya melonjak kepada S$40,000 dari S$37,912.
Sebanyak 5,244 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 3,655 COE diperuntukkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.