Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga COE ditutup bercampur-campur

Harga Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Rabu (7 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE ditutup bercampur-campur

Keadaan lalu lintas di Singapura. (Gambar fail: Hester Tan)

Diterbitkan : 07 Oct 2020 04:33PM Dikemas Kini : 07 Oct 2020 04:36PM

SINGAPURA: Harga Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Rabu (7 Okt).

Bagi kereta dalam Kategori A, atau hingga 1,600cc dan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, harga COEnya ditutup pada S$36,534, berbanding S$38,504 dalam bidaan bulan ini.

Harga COE bagi kereta lebih besar dan lebih berkuasa dalam Kategori B pula merosot kepada S$40,690 daripada S$40,989.

Premium bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan barangan dan bas, naik kepada S$33,089 berbanding S$28,589 dalam bidaan sebelum ini.

COE motosikal ditutup lebih tinggi kepada S$7,451, naik S$120 daripada S$7,331.

Kategori terbuka yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi selalunya digunakan bagi kereta besar jatuh kepada S$40,301, berbanding S$41,001.

Sejumlah 4,442 bidaan diterima, dengan kuota 2,889 COE disediakan.

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan