Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga COE ditutup bercampur-campur

Harga bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru yang diumumkan pada Rabu (19 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE ditutup bercampur-campur

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 19 Feb 2020 05:17PM Dikemas Kini : 19 Feb 2020 05:21PM

SINGAPURA: Harga bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru yang diumumkan pada Rabu (19 Feb).

Premium COE bagi kereta Kategori A sehingga 1,600cc dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, ditutup lebih tinggi iaitu S$32,999, berbanding S$30,010.
COE bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B juga ditutup lebih tinggi, naik daripada S$30,890 kepada S$32,889.

Bagaimanapun, COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan barangan dan bas, turun sedikit kepada S$25,001 daripada S$25,013 sebelum ini.

Bagi motosikal pula, harga COEnya ditutup pada S$4,309, turun daripada S$4,401dalam bidaan terakhir.

Sementara itu, bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan tetapi selalunya digunakan untuk kereta besar, premiumnya merosot kepada S$33,301 daripada S$34,900.

Sebanyak 4,863 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 3,226 COE diperuntukkan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan