Harga COE ditutup bercampur baur dalam bidaan terbaru
Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Rabu (21 Okt).
Gambar: TODAY
SINGAPURA: Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Rabu (21 Okt).
Bagi kereta dalam Kategori A, atau kenderaan dengan 1,600cc dan ke bawah serta kuasa kuda yang tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada S$37,334, naik sedikit berbanding S$36,534 dalam bidaan lalu.
Premium bagi kereta yang lebih berkuasa dan lebih besar dalam Kategori B pula naik kepada S$40,990 daripada S$40,690.
COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, naik kepada S$33,778 berbanding S$33,089 dalam bidaan sebelum ini.
COE motosikal ditutup lebih rendah pada harga S$7,300, berbanding S$7,451 sebelum ini.
Kategori Terbuka yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi kereta besar jatuh kepada S$39,889, berbanding S$40,301 pada bidaan lalu.
Sebanyak 4,365 bidaan diterima, dengan kuota 2,878 COE diperuntukkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.