Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga COE bagi kebanyakan kategori ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru

Kebanyakan premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru pada Rabu (6 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE bagi kebanyakan kategori ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 06 Nov 2019 04:28PM Dikemas Kini : 06 Nov 2019 10:02PM

SINGAPURA: Kebanyakan premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru pada Rabu (6 Nov).

Bagi kereta dalam Kategori A, untuk kereta-kereta sehingga 1,600cc dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada S$30,000 - lebih rendah berbanding S$32,309 pada bidaan lalu.

Harga bagi kereta-kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B jatuh kepada S$40,009 daripada S$41,805.

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, jatuh kepada S$25,392 daripada S$26,001 dalam bidaan sebelumnya.

Harga COE bagi motosikal ditutup pada S$4,100, meningkat dari S$3,889 dalam bidaan yang lalu.

Harga COE bagi kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, merosot kepada S$40,101 daripada S$42,020.

Secara keseluruhannya, 4,456 bidaan diterima dengan 3,454 kuota COE diperuntukkan.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan