Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Harga COE bagi Kategori A jangkaui $60,000 buat kali pertama sejak 2015

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Feb 2022 05:09PM Dikemas Kini : 09 Feb 2022 09:26PM

SINGAPURA: Harga Sijil Hak Memilik Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini hari ini (9 Feb). 

COE bagi Kategori A, atau kereta sehingga 1,600cc dan 130bhp, premiumnya naik kepada S$60,761, melebihi S$60,000 buat kali pertama dalam tempoh lebih enam tahun. 

Premium bagi kereta lebih besar, melebihi 1,600 cc atau 130bhp dalam Ketegori B pula naik kepada S$86,102, berbanding S$82,001. 

Bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, harga COE naik kepada S$44,001, berbanding S$43,001 dalam bidaan lalu. 

Premium motosikal ditutup pada S$10,010, naik sedikit daripada S$10,000 dalam bidaan lalu. 

COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, melonjak kepada S$87,000 daripada S$83,911. 

Secara keseluruhannya, sebanyak 2,657 bidaan diterima dengan kuota 1,758 COE diperuntukkan. 

Ini merupakan bidaan pertama di bawah kuota Februari hingga April, yang mencatatkan jumlah terendah dalam lapan tahun sedang pemerintah mengekalkan kadar pertumbuhan kenderaan di Singapura kekal sifar sehingga 31 Januari 2025. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan