Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Grabfood, Deliveroo buka khidmat hantar makanan kepada F&B guna dapur kongsi

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) sudahpun menghentikan siasatannya selama hampir setahun terhadap sektor-sektor khidmat penghantaran makanan online dan dapur maya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Aug 2020 04:43PM Dikemas Kini : 05 Aug 2020 08:39PM

SINGAPURA: Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) sudahpun menghentikan siasatannya selama hampir setahun terhadap sektor-sektor khidmat penghantaran makanan online dan dapur maya.

Keputusan itu dibuat setelah siasatan menunjukkan para penyedia penghantaran makanan seperti GrabFood dan Deliveroo tidak lagi enggan menawarkan khidmanya kepada para pelanggan syarikat pengendali dapur maya, Smart City Kitchens.

Menyusuli siasatan yang dijalankan, para penyedia khidmat penghantaran makanan tersebut kini sudah mula menawarkan khidmat kepada Smart City Kitchens, yang merupakan salah satu pesaingnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Deliveroo, Foodpanda dan GrabFood juga meneroka perniagaan dapur maya.

Dengan adanya dapur maya, para pengendali makanan dan minuman (F&B) boleh mengembangkan perniagaan menerusi khidmat penghantaran makanan online.

CCCS menarik perhatian persaingan dalam sektor dapur maya tetap dinamik.
Oleh itu, CCCS memutuskan untuk menghentikannya siasatannya.

Namun, ia akan terus memantau tindak-tanduk para pemain pasaran dalam sektor-sektor tersebut. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan