Skip to main content

Kewangan

GrabCab pengendali teksi keenam SG

Anggaran Waktu Membaca:
GrabCab pengendali teksi keenam SG

Gambar fail. (Gambar fail: Reuters/Edgar Su)

SINGAPURA: GrabCab akan menjadi pengendali teksi keenam di Singapura selepas ia menerima lesen untuk menyediakan perkhidmatan tersebut.

Mengumumkannya pada Rabu (2 Apr), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan bahawa GrabCab akan diberi tempoh selama tiga tahun untuk mengembangkan armada teksinya secara bertahap-tahap bagi memenuhi keperluan minimum sebanyak 800 teksi.

Ia juga mesti memastikan bahawa teksinya mudah dikenal pasti oleh pelanggan, termasuk mempunyai tanda atas bumbung teksi yang menonjol dan warna seragam yang tersendiri.

GrabCab adalah anak syarikat Grab Rentals dan syarikat sekutu GrabCar, yang memegang lesen untuk mengendalikan perkhidmatan kereta sewa privet dan kongsi kereta.

Lesen baharu itu akan bermula pada 9 Apr dan sah bagi tempoh selama 10 tahun.

"Kemasukan GrabCab ke dalam sektor khidmat teksi menjadikan jumlah pengendali teksi sebanyak enam, memberikan pemandu dan penumpang lebih banyak pilihan dan dijangka meningkatkan bekalan teksi," kata LTA.

Pengendali teksi yang lain adalah CityCab, CDG, Prime, Strides dan Trans-cab.

Sebagai sebahagian daripada syarat pelesenan yang ditetapkan, serupa dengan pengendali teksi lain, GrabCab mesti memenuhi keperluan dan syarat-syarat seperti mempunyai ruang but teksi yang mencukupi untuk membawa kerusi roda atau bagasi yang dilipat.

Perkhidmatan teksi GrabCab juga mesti mengikut komponen struktur tambang teksi yang sama seperti pengendali teksi lain, kata LTA, dan tambangnya mesti dipaparkan dengan jelas supaya penumpang sedia maklum tentang kadar tambang.
Sumber : CNA/AW/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita