Skip to main content

Kewangan

Grab mohon pinjaman S$990 juta; pendapatan lonjak 70% pada 2020

Syarikat kereta sewa dan khidmat penghantaran makanan Grab sedang memohon pinjaman bernilai AS$750 juta (S$990 juta) selepas diumumkan pada Isnin bahawa jumlah pendapatan bersih kumpulan melonjak sekitar 70 peratus pada 2020 berbanding setahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Grab mohon pinjaman S$990 juta; pendapatan lonjak 70% pada 2020

Presiden Grab, Encik Ming Maa. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 05 Jan 2021 09:57AM Dikemas Kini : 05 Jan 2021 10:02AM

SINGAPURA: Syarikat kereta sewa dan khidmat penghantaran makanan Grab sedang memohon pinjaman bernilai AS$750 juta (S$990 juta) selepas diumumkan pada Isnin bahawa jumlah pendapatan bersih kumpulan melonjak sekitar 70 peratus pada 2020 berbanding setahun lalu dan sudah pulih menjangkaui paras sebelum berlaku pandemik.

"Selain itu, kami sudah mencapai sasaran pertumbuhan dan keuntungan kami, dan mencapai beberapa kemajuan baru," menurut presiden Grab, Ming Maa, dalam kiriman emel mengenai kemas kini buletin tentang perniagaan syarikat itu.

Beberapa jam selepas memberikan perkembangan tersebut, Grab dan salah satu daripada anak syarikatnya memohon pinjaman bagi tempoh selama lima tahun yang bernilai AS$750 juta atas tujuan korporat am, menurut maklumat yang diperolehi Reuters.

Grab bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

Disokong oleh para pelabur antarabangsa termasuk Softbank Group Corp, Grab sudah berkembang dan berubah wajah dari pengendali khidmat kereta sewa kepada pusat sehenti yang turut menawarkan khidmat-khidmat seperti penghantaran makanan, pembayaran dan insurans, sekali gus membantu syarikat itu menjadi syarikat pemula yang paling berharga di Asia Tenggara dengan nilai syarikat tersebut melebihi AS$15 bilion (S$20 bilion).

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita