Grab meterai perjanjian kad prabayar dengan Mastercard
Grab, sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura, bekerjasama dengan Mastercard untuk mengeluarkan kad-kad prabayar yang dikhususkan bagi para pelanggan di Asia Tenggara.

Gambar fail syarikat Grab. (Gambar: Edgar Su/Reuters)
SINGAPURA: Grab, sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura, bekerjasama dengan Mastercard untuk mengeluarkan kad-kad prabayar yang dikhususkan bagi para pelanggan di Asia Tenggara.
Grab akan mengeluarkan kad-kad prabayar itu dalam bentuk fizikal dan maya melalui aplikasinya.
Para pelanggan boleh menokok nilai dalam kad-kad tersebut menggunakan wang tunai melalui para ejen, pemandu atau peniaga yang menerima bayaran pada platform GrabPay.
Kad-kad tersebut boleh digunakan untuk peniaga dalam dan luar talian, yang menerima bayaran Mastercard.
Grab dan Mastercard menyatakan, kedua-dua pihak merancang untuk menawarkan kad sedemikian pada separuh pertama tahun 2019 - bermula dengan Singapura dan Filipina.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.