Skip to main content

Kewangan

Grab lancar inisiatif untuk jadi penyedia khidmat wang terbesar Asia Tenggara

Syarikat gergasi bagi khidmat kereta sewa di Asia Tenggara, Grab, menyatakan pada Selasa (19 Mac) bahawa syarikatnya bertujuan untuk menjadi salah satu penyedia khidmat kewangan yang terbesar di rantau ini pada tahun ini, untuk para usahawan mikro serta perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana.

Anggaran Waktu Membaca:
Grab lancar inisiatif untuk jadi penyedia khidmat wang terbesar Asia Tenggara

Pengarah urusan kanan Grab Financial Group, Encik Reuben Lai. (Gambar: Grab)

Diterbitkan : 20 Mar 2019 11:04PM Dikemas Kini : 20 Mar 2019 11:26PM

SINGAPURA: Syarikat gergasi bagi khidmat kereta sewa di Asia Tenggara, Grab, menyatakan pada Selasa (19 Mac) bahawa syarikatnya bertujuan untuk menjadi salah satu penyedia khidmat kewangan yang terbesar di rantau ini pada tahun ini, untuk para usahawan mikro serta perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana.

Unit perkhidmatan kewangannya, Grab Financial Group, mengumumkan satu peta jalan yang akan menyaksikan pelancaran beberapa produk dan perkhidmatan yang akan bermula dengan Singapura menjelang beberapa minggu mendatang.

Khidmat-khidmat yang bakal dilancar termasuk perkhidmatan daftar keluar dalam talian yang membolehkan para penjual menerima GrabPay sebagai satu dompet bergerak di laman web atau platform mereka. Perkhidmatan itu dilancarkan pada hari Selasa (19 Mac) dengan Qoo10 dan 11Street, dua platform e-dagang terbesar di Singapura dan Malaysia, menurut Grab.

GrabPay juga akan disepadukan dengan peranti-peranti tapak jualan di rangkaian-rangkaian makanan seperti Coffee Bean & Tea Leaf dan Paris Baguette.

Satu Pilihan kredit pospembayaran, Pay Later, juga akan dilancarkan di Singapura sebelum dilancarkan di negara lain.

Menurut Grab, Pay Later pada mulanya akan membolehkan para pelanggan untuk melakukan pembayaran bagi khidmat-khidmat Grab di akhir setiap bulan, sebelum berkembang untuk membenarkan pembayaran ansuran tanpa bunga selama beberapa bulan.

Khidmat itu hanya akan ditawarkan kepada "pelanggan yang berkredit baik", dengan penarafan kredit berdasarkan beberapa kriteria termasuk jangka waktu mereka menggunakan platform Grab, kekerapan penggunaan dan corak perbelanjaan.

Di samping itu, Grab akan melancarkan pasaran insurans pada bulan April yang disasarkan kepada usahawan mikro.

Sebagai permulaan, dua produk baharu yang ditujukan kepada pemandunya akan disediakan melalui aplikasi Grab: insurans cuti perubatan yang berpanjangan dan liputan insurans asas asas.

"Kami menggandakan khidmat kewangan kami untuk para usahawan mikro dengan Grow with Grab. Ini adalah peluang besar untuk Grab Financial menyokong para usahawan di rantau ini yang kurang berupaya untuk mengakses institusi-institusi kewangan tradisional," kata Encik Reuben Lai, pengarah urusan kanan Grab Financial Group.

"Hasilnya, kami dapat memanfaatkan dapatan pengetahuan skala dan data kami untuk membawa produk-produk khidmat kewangan ke pasaran pada harga yang lebih kompetitif daripada orang lain," tambah beliau.

Sumber : CNA/IL/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita