Grab kumpul dana AS$300 juta bagi kembangkan sayap fintech
Syarikat raksasa di Asia Tenggara bagi khidmat pengangkutan dan penghantaran makanan Grab, berjaya mengumpulkan lebih AS$300 juta (S$397.85 juta) daripada pelabur untuk perniagaan khidmat kewangannya yang sedang berkembang pesat.
(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Syarikat raksasa di Asia Tenggara bagi khidmat pengangkutan dan penghantaran makanan Grab, berjaya mengumpulkan lebih AS$300 juta (S$397.85 juta) daripada pelabur, yang didahului oleh syarikat Korea Selatan, Hanwha Asset Management Co Ltd, untuk perniagaan khidmat kewangannya yang sedang berkembang pesat.
Grab menyatakan ini adalah pendanaan pertama dari luar untuk perniagaan fintechnya, yang mempunyai rancangan besar dalam menawarkan khidmat dalam bidang insurans, pinjaman, pengurusan kekayaan dan pembayaran.
Grab bersaing dengan syarikat seperti Gojek Indonesia dan banyak syarikat pemula tempatan yang menarik berjuta-juta pelanggan untuk cuba mengganggu syarikat perkhidmatan kewangan yang mapan di wilayah yang mempunyai sekitar 650 juta penduduk.
"Kami berada dalam satu kedudukan yang mana keadaan pandemik COVID-19 sekarang mempercepat perlunya bagi khidmat kewangan digital yang membantu kami berkembang melindungi pendapatan kami," kata Reuben Lai, pengarah urusan kanan di Grab Financial Group dalam satu kenyataan.
Penyumbang modal awal Grab seperti GGV Capital dan K3 Ventures juga turut serta dalam pembiayaan sayap fintech syarikat itu. Pelabur baru termasuk firma pelaburan fintech Flourish Ventures, yang disokong oleh pengasas EBay, Pierre Omidyar.
Reuters melaporkan pada September, menukil sumber lain, bahawa Grab sedang berunding dengan syarikat-syarikat insurans termasuk Prudential PLC, AIA Group Ltd dan yang lain untuk mengumpulkan dana antara AS$300 juta hingga AS$500 juta (S$529 juta hingga S$663 juta) bagi unit khidmat kewangan.
Pada Disember, syarikat wadah internet Sea Ltd dan usahasama Grab dengan Singtel setiap satu mendapat lesen bank digital pertama Singapura.
Disokong oleh pelabur seperti Softbank Group Corp, Grab sedang berusaha merubah menjadi app seharian yang menawarkan khidmat yang pelbagai.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.