Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Grab intai peluang pikat pelaburan lebih besar susuli suntikan dana AS$4.5 bilion

Grab sedang menimbang untuk memikat lebih banyak dana daripada para pelabur strategik, kata presiden syarikat khidmat kereta sewa privet utama di Asia Tenggara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Grab intai peluang pikat pelaburan lebih besar susuli suntikan dana AS$4.5 bilion

Sebuah teksi Grab di Hanoi, Vietnam. (Gambar: Kham/Reuters)

Diterbitkan : 06 Mar 2019 12:05PM Dikemas Kini : 06 Mar 2019 12:06PM

SINGAPURA: Grab sedang menimbang untuk memikat lebih banyak dana daripada para pelabur strategik, kata presiden syarikat khidmat kereta sewa privet utama di Asia Tenggara itu.

Ini selepas syarikat berkenaan berjaya memperolehi dana lebih AS$4.5 bilion (S$6.11 bilion) dalam pusingan pembiayaan dana privet terbesar di rantau ini, termasuk Dana Wawasan SoftBank.

Syarikat yang berpangkalan di Singapura itu terus menyaksikan minat kukuh dalam kalangan para pelabur global selepas memperolehi dana hampir AS$1.5 bilion (S$2.04 bilion) daripada Dana Wawasan dalam pusingan pembiayaan sepanjang setahun, kata Ming Maa kepada agensi berita Reuters.

Pusingan pembiayaan itu dijalankan sejurus selepas syarikat khidmat kereta sewa privet Uber menyerahkan operasinya di Asia Tenggara kepada Grab pada Mac 2018, dan memperolehi 27.5 peratus saham perniagaan Grab.

Maa, 42 tahun, berkata Grab merancang untuk bekerjasama dengan lebih ramai rakan kerja yang boleh menyediakan syarikat itu dengan teknologi atau khidmat bagi membantunya memperluaskan khidmat-khidmat yang ditawarkan. 

Menyentuh tentang nilai AS$11 bilion (S$15 bilion), syarikat penyelidikan CB Insights menyenaraikan Grab sebagai antara 15 syarikat global berpotensi sebelum mengumumkan mengenai pembiayaan yang diterima daripada SoftBank baru-baru ini.

"Buat masa ini, kami menumpukan perhatian kepada usaha mengembangkan pasaran itu, mengembangkan perniagaan kami dan bukanlah urus niaga pasaran modal," katanya.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan