Grab buka ibu pejabat baru di one-north menjelang 2020
Satu upacara pecah tanah diadakan di ibu pejabat Grab yang baru di one-north hari ini (29 Mac). Ibu pejabat itu dikatakan boleh menampung sehingga 3,000 pekerja tempatan iaitu hampir seganda lebih banyak daripada sekarang.
SINGAPURA: Satu upacara pecah tanah diadakan di ibu pejabat Grab yang baru di one-north hari ini (29 Mac). Ibu pejabat itu dikatakan boleh menampung sehingga 3,000 pekerja tempatan iaitu hampir seganda lebih banyak daripada sekarang.
Semasa di acara tersebut, Menteri Kewangan Heng Swee Keat menekankan tentang peri pentingnya Teknologi Maklumat dan Perhubungan, terutama sekali dalam ekonomi digital. Beliau turut menarik perhatian kepada pendekatan inklusif Grab dalam pengambilan pekerja.
Misalnya, seorang pekerja GrabFood, Encik Sheriff Khalid sebelum ini terpaksa menganggur selama empat tahun selepas terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkanya kudung kaki.
Grab menyatakan ia mahu membantu lebih ramai orang seperti Encik Sheriff untuk menyertai ekonomi digital. Ia merupakan sebahagian pendekatan inklusif Grab mengambil pekerja. Encik Heng menyifatkan model perniagaan Grab ini sebagai satu gabungan menarik antara digital dengan fizikal.
Dalam pada itu, Grab akan terus membantu syarikat-syarikat pemula menguji dan memasarkan huraian secara komersil.
Ibu pejabat baru Grab di one-north yang bernilai $181.2 juta dijangka siap menjelang suku terakhir tahun depan. Bangunan baru itu juga akan dilengkapi dengan sebuah pusat R&D.
Grab kini menggajikan lebih 6,000 pekerja di 11 buah negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.