Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Gojek akan perkenal yuran tetap sementara; bantu pemandu tangani kenaikan harga minyak

Anggaran Waktu Membaca:
Gojek akan perkenal yuran tetap sementara; bantu pemandu tangani kenaikan harga minyak

(Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)

Diterbitkan : 19 Mar 2022 03:06PM Dikemas Kini : 19 Mar 2022 03:10PM

SINGAPURA: Firma kereta sewa Gojek menyatakan pada Sabtu (19 Mac) bahawa ia akan mengenakan yuran tetap buat sementara waktu ke atas semua perjalanan bagi menyokong para pemandu kereta sewa privet menangani kesan kenaikan harga minyak.

"Yuran pemandu" itu akan dikenakan mulai 31 Mac dan tempoh pelaksanaannya adalah selama 2 bulan "sehingga selewat-lewatnya 31 Mei", menurut kenyataan media syarikat tersebut.

Yuran tetap S$0.50 akan ditambah pada semua perjalanan yang jaraknya kurang daripada 10 kilometer, manakala perjalanan yang melebihi 10 kilometer akan dikenakan yuran tetap S$0.80.

Yuran berkenaan akan dikenakan bagi khidmat GoCar, GoCar Premium dan GoCar XL, kecuali GoTaxi yang tambangnya adalah berdasarkan meter teksi.

Menurut Gojek, yuran sementara itu tidak tertakluk kepada kadar komisen sedia ada dan para pemandu boleh membawa pulang jumlah penuh.

Langkah terbaru itu menambah kepada insentif dan sokongan sedia ada Gojek untuk para pemandunya, kenyataan media tersebut.

Sebagai contoh, firma itu mengumumkan pada Jun lalu bahawa ia akan mengurangkan separuh daripada yuran perkhidmatannya untuk para pemandu kepada 10 peratus bagi semua perjalanan sehingga sekurang-kurangnya hujung tahun ini.

Sementara itu, Gojek turut mengumumkan bahawa ia akan menaikkan tambang permulaan perjalanannya sebanyak S$0.50 bagi semua perjalanan GoCar mulai 31 Mac, manakala bagi khidmat GoCar Premium dan GoCar XL pula, ia akan dinaikkan sebanyak S$0.80.

Perubahan ini tidak termasuk perjalanan GoTaxi.

Untuk membantu para penumpang mengimbangi kesan daripada perubahan-perubahan itu, Gojek menyatakan bahawa promosi "925" yang ditawarkannya sekarang akan terus ditawarkan untuk semua tempahan perjalanan melalui platformnya. Para pengguna baru pula akan menerima baucar diskaun.

Sumber : Today/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan