Skip to main content

Kewangan

Go-Jek lancar portal bagi pemandu buat pendaftaran awal

Syarikat khidmat kereta sewa Indonesia Go-Jek melancarkan sebuah portal pada Isnin (29 Okt) bagi membolehkan pemandu di Singapura membuat pendaftaran awal untuk menyertai syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Go-Jek lancar portal bagi pemandu buat pendaftaran awal

Pengasas Go-Jek, Encik Nadiem Makarim. (Gambar: Darren Whiteside/Reuters)

Diterbitkan : 29 Oct 2018 11:07AM Dikemas Kini : 29 Oct 2018 12:34PM

SINGAPURA: Syarikat khidmat kereta sewa Indonesia Go-Jek melancarkan sebuah portal pada Isnin (29 Okt) bagi membolehkan pemandu di Singapura membuat pendaftaran awal untuk menyertai syarikat itu.

Para pemandu yang berdaftar akan mempunyai peluang untuk menjadi antara "rakan kongsi-pemandu pertama" di Singapura, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

"Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, para pemandu yang memberikan butiran nombor telefon mereka akan menerima pemberitahuan daripada GOJEK dengan butiran lanjut dan langkah-langkah seterusnya tentang cara memohon untuk menyertai GOJEK di Singapura apabila ia dilancarkan di sini."

Menurut syarikat itu lagi, portal tersebut adalah satu-satunya saluran rasmi bagi pendaftaran awal untuk pemandu.

Pengumuman tersebut dibuat setelah Go-Jek melancarkan khidmatnya di ibu kota Vietnam, Hanoi, pada September di bawah jenama Go-Viet, sebagai sebahagian daripada peluasan syarikat berkenaan ke pasaran antarabangsa bernilai AS$500 juta (S$690 juta).

Menurut syarikat itu, terdapat "minat menggalakkan di kalangan pemandu " di Singapura, sambil menambah bahawa ia merancang untuk membina "hubungan yang kukuh dan rapat" dengan masyarakat pemandu di Singapura.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita