Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

GlobalFoundries perluas kilang di S'pura; mula pengeluaran pada 2023

Syarikat gergasi semikonduktor di Amerika Syarikat, GlobalFoundries, akan meluaskan kapasiti pengilangannya di Singapura, di bawah projek bernilai lebih S$5 bilion.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jun 2021 04:53PM Dikemas Kini : 22 Jun 2021 10:47PM

SINGAPURA: Syarikat gergasi semikonduktor di Amerika Syarikat, GlobalFoundries, akan meluaskan kapasiti pengilangannya di Singapura, di bawah projek bernilai lebih S$5 bilion.

Proses binaan kilang baru GlobalFoundries sudahpun dimulakan. Apabila siap pada awal 2023, ia akan mewujudkan 1,000 jawatan baru yang bernilai tinggi seperti teknisyen dan jurutera peralatan.

Ia juga akan menambah lagi kapasiti kepada 450,000 cip wafer setiap tahun bagi bantu memenuhi kekurangan bekalan cip global.

Cip-cip tersebut dijangka merangsang pertumbuhan pesat dalam segmen automotif dan peranti mudah alih 5G.

Sumber : CNA/AY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan